Monday 23 April 2012

Cara pemakanan demi menajdi pelajar cemerlang


 Sebagai seorang pelajar, semestinya kita menjaga pemakanan dan cara hidup untuk kesejahteraan serta untuk menjadi pelajar cemerlang. tahukah korang bahawa pemakanan mempengaruhi perkembangan otak dan seterusnya mempengaruhi pembelajaran kita? okay, ikuti tips yang aku sentiasa amalkan dalam usaha untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

1- makan kismis

kismis, iaitu anggur yang dikeringkan amat lah kurang sedap, tetapi amat bagus untuk perkembangan otak. kismis ini akan menyebabkan pengaliran oksigen ke otak bertambah.kalau boleh, belilah kismis yang telah dibacakan doa-doa, lebih berkat..


2-minum susu

minum susu setiap hari.. sama ada tenusu (tepung) ataupun susu segar. tapi hari-hari aku minum susu menyebabkan aku sentiasa nak bernyah tinja di waktu pagi. hahaha.. selain dapat menyegarkan badan, susu juga berfungsi sebagai pelawas (bagi aku la).

3- banyakkan makan seafood

tahu tak seafood ni membekalkan sumber protein kepada kita? seafood such as ikan, ketam and jangan amalkan makan udang, sebab ianya langsung tak berkhasiat. malah, menyebabkan si pengidap alahan menjadi gatal-gatal.and yes, semestinya ia membantu dalam perkembangan otak.

4- makan kacang pistachio ( kacang bijak )

yang ini memang aku tak pernah buat. bukan tak pernah lah, tetapi jarang. disebabkan harganya yang agak mahal dan kesukaran untuk mendapatkannya. kacang ini juga bagus, bagus ya kawan-kawan.

5- kurangkan makanan segera

makanan segera, contohnya MAGGI, jajan, McD, King Burger mestilah dikurangkan. sebenarnya, makanan segera ini langsung tidak memberikan manfaat kepada kita. ada orang cakap, makanan segera ini adalah inisiatif terbaik untuk pelajar yang kesempitan wang. who said? korang boleh puasa what. kan? puasa dah la dapat menambahkan pahala, dapat menjimatkan duit, malah menjadikan perut anda kekal ramping. hehehe..

tuh je la dulu perkongsian yang dapat aku beri. ini berdasarkan apa yang aku amalkan.. tetapi, dalam banyak-banyak tips di atas, 3 saja yang aku amalkan. hahaha..

sebab aku juga manusia biasa, mana tahan tengok adik makan meggi, mesti seliur, meleleh air liur. nak tak nak, terpaksa la minta juga sedikit.kalau tak puas hati sangat, beli aja sendiri. hehehe..

pistachio tu memang jarang la kot. sebab sememangnya kacang itu mahal harganya, dan sangat susah untuk didapati di kawasan ini. ( Kg Gelugor).

aku tak cakap aku seorang yang super cemerlang, tetapi sekadar perkongsian aku sahaja. sharing is caring kan??
aku rasa tips dari aku ni sememangnya mudah untuk dipraktikkan. sesiapa sahaja dapat mempraktikkannya. senang dan praktikal.

Saturday 14 April 2012

EGO...

Ego. Kebiasaannya dikaitkan dengan insan yang bernama lelaki. Aku juga mengakuinya. Sikap ego yang aku miliki selalunya menyusahkan persahabatan & ukhwah yang telah terbina indah. Hanya disebabkan ego kita bermusuh. Ayuh , insan-insan yang bergelar lelaki buangkanlah sikap ego mu.



Ego tidak bermakna anda hebat  !!!


Ego bagi lelaki :

1.  Menganggap diri hebat (tiada kekurangan).
2.  Apabila melakukan kesalahan, amat sukar untuk mengakui kesilapannya.
3.  Memang susah untuk mengatakan perkataan maaf/sorry.
4.  Lebih ego , amat sukar memaafkan orang lain.
5.  Susah untuk menunjukkan kasih sayang terhadap sesiapa sahaja.
6.  Bimbang kalau jadi orang penyayang dianggap lemah.
7.  Ego lelaki akan jadi lebih tinggi apabila berdepan dengan kaum hawa.
8.  Lebih rela memendam masalah sendirian.
9.  Malu untuk meluahkan masalah peribadi kepada orang lain ( especially kpd perempuan ).
10.Menangis. Tiada dalam kamus hidup lelaki.
Hakikat nyer lelaki :
1.  Amat memerlukan bantuan orang lain apabila menghadapi masalah. (lemah)
2.  Seringkali melakukan kesilapan akibat kelalaian.
3.  Berani dalam berbicara. Just, to say " I'm sorry" is very hard for men.
4.  Selalu nya, akan setia kepada rakan-rakannya.
5.  Lebih sayangkan orang lain, daripada dirinya sendiri. ( ramai orang x tau )
6.  Rela dalam menghadapi kesusahan bersama-sama orang yang disayangi (friends)
7.  Perempuan. Kebanyakan lelaki akan gemuruh apabila menghadapi kaum hawa. (control)
8.  Mental akan jadi lemah apabila menghadapi masalah peribadi.
9.  Amat memerlukan teman luahan perasaan.
10.Menangis adalah suatu kepuasan !!! ( nangis bukan depan orang )
Jangan sesekali kamu EGO kepada Allah

Maaf sahabatku, kalau ego aku pernah membuat kalian runsing & susah hati.
Bantu aku dalam mengawal emosiku.
Mudah-mudahan kita mampu mengubah diri kita lebih baik untuk hari-hari yang mendatang.


LeVEL Maksiat...cer bace..!!

Mungkin ada yang sudah tahu mengenai susun atur tahap maksiat, tapi entri kali ini lebih kepada pesanan ulangan untuk diri ini & anda-anda yang masih belum mengetahui.

Maksiat. Suatu perkataan yang sudah lali untuk kita dengar. Malah hati & iman yang goyah sudah boleh menerima biah maksiat di sekitarnya. Hal ini amat merbahaya untuk umat akhir zaman.




There are 4 levels of MAKSIAT :
Peringkat pertama buat maksiat, hati resah gelisah. Hati tertolak dan terasa amat tidak sesuai dengan fitrah. Terasa wajah dan air muka diconteng arang. Alhamdulillah.
Peringkat kedua terlibat, terasa hati kian jinak dan berkehendak kepada maksiat. Makin akrab walau masih ada rasa malu dan ragu. Bangkai maksiat masih cuba disembunyikan sedaya mampu. Terasa hina andai ada yang mampu menghidu diari hidupnya yang tercalit dosa dan noda. Semoga Allah melimpahkan taufik hidayah-Nya.
Peringkat ketiga, maksiat kini terasa kian lazat. Terasa alah bias tegal biasa. Sudah mulai ketagih sehingga sanggup berusaha meneruskan maksiat walau ada halangan. Masya-Allah.
Peringkat akhir, teringin nak ajak orang lain ke arah kemungkaran. Terasa ingin mempromosikan dan mengkomersialkan maksiat. Rasa malu dan iman sudah tercabut dari hati. Nauzubillah.
Sebelum sampai kepada paerigkat kedua dan seterusnya, jadikan rasa resah sebagai benteng dan tembok agar mampu berhenti terus. Moga taat mengambil alih tempat maksiat, insyAllah.
(sumber Majalah Solusi)

Lawan Nafsu Jahat kita

Assalamualaikum & Ahlan Wasahlan. Nafsu dan Maksiat seringkali dikaitkan. Pertalian keduanya adalah kerana kegagalan individu muslim itu sendiri dalam mengawal bujukan nafsu seterusnya akan megakibatkan terhumbannya ke kancah maksiat. Wal I’yazubillah…
Oleh sebab itu, kita haruslah mencari method yang sesuai yang mampu  menutup terus pintu maksiat. Cara-caranya mungkin banyak…tetapi di sini saya ingin berkongsi sedikit kaedah yang boleh digunakan kita dalam mengawal nafsu…insyAllah.
pemandangan sebegini sudah boleh diterima masyarakat kita...wal i'yazubillah


1- Ikhlas & Menyerah Diri Sepenuhnya kepada Allah

Apabila hati seorang hamba telah bersih dan ikhlas dalam beribadah kepadaNya, maka penyakit cinta akan maksiat tidak akan menjangkitinya kerana perasaan ini hanya berjangkit pada hati mereka yang kosong.
2- Mujahadah (bersungguh-sungguh)

Nafsu ialah makhluk Allah yang boleh ditundukkan. Mengawalnya bererti melepaskan diri daripada diperhamba oleh hawa nafsu. Mengawal nafsu darpada melakukan maksiat bukanlah bermaksud melawan hanya sekali dua, tetapi ia perlu berterusan kerana Allah. Apabila seseorang bermujahadah melawan nafsunya, kebaikan dan keberkatan akan datang kepadanya.
3- Banyak Mengingati Akhirat

Jika kita tahu bahawa dunia ini hanyalah sementara, tentunya kita tidak terlalu menginginkannya. Malah, apabila kita tahu bahawa alam akhirat itu amat menggetirkan & mati itu amat perit untuk ditanggung, maka akan timbullah rasa untuk melakukan taubat nasuha dan menggantikan semula semua amal soleh yang ditinggalkannya dahulu.
4- Sibuk dengan Hal yang Bermanfaat

Bosan. Tiada apa yang hendak dibuat. Awas !!!  Waktu yang lapang ini akan digunakan sebaik-baiknya oleh syaitan & konco-konconya untuk mebisikkan hasutan yang dapat mengheret kita kepada gejala-gejala yang tidak sihat. So, sibukkan lah masa kita dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat seperti membaca buku-buku ilmiah, mengemas rumah, beriadah… InsyAllah, ruang untuk membuat maksiat tidak akan ada lagi. 
5- Menjauhi Punca Kembali Semula kepada Maksiat

Menjauhi punca-punca melakukan maksiat seperti pergi ke pusat hiburan, melayari bahan tidak baik di internet, melayan cinta kekasih di Facebook dan sebagainya. Apabila puncanya sudah disekat, maksiat boleh terhalang.
6- Menundukkan Pandangan

Dari mata turun ke hati. Begitulah penangan mata. Kerana itu, menundukkan pandangan sangat dituntut bagi memberikan ketenangan. Apabila ditundukkan pandangan, hati juga mampu menundukkan syahwatnya.
7- Bergaul dengan Orang Baik

Kawan beribu. Statement yang biasa kita dengar. Tapi…Ya, memang ada tapi. Kawan/teman/member/sahabat yang baik akan membantu kita ke jalan ketaatan kepada Allah. Dia akan menegur dengan berhikmah sekiranya kita bersalah. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Berkumpul mendengar majlis ilmu bersama orang soleh juga akan sentiasa diberi rahmat Allah. Jangan cari kawan yang selfish. Berkawan bila senang, bila susah tinggalkan kita !!! (tension dapat kawan macam ni)
8- Banyak Berdoa

Sebaik-baiknya berdoa memohon kepada Allah supaya diberi kesempatan untuk bertaubat nasuha, walau bagaimana besar dan banyak pun dosa kita. Digalakkan juga memilih waktu-waktu yang mustajab doa seperti ketika sujud terakhir dalam solat, pada akhir malam, masa antara azan & iqamat dan ketika hujan mulai turun.
Semoga perkongsian ini mampu kita amalkan demi kebaikan diri kita sendiri dari segi zahir & batin. InsyAllah, jika kita bersungguh-sungguh menangani masalah nafsu kita Lillahi Taala…insyAllah, Allah akan permudahkan untuk kita segala urusan. Yakinlah dengan bantuan Allah. Ingat akan suruhan & laranganNya…sesungguhnya Allah Maha Pengampun & Maha Penyayang….wallahu a’lam…J






(sumber Majalah Solusi)

DEMI MASA

Demi masa!!
Sesungguhnya seluruh manusia berada dalam kerugian.
KECUALI:
==> orang2 yang BERIMAN
==> orang2 yang BERAMAL SOLEH
==> berpesan2 dgn AL-HAQ (KEBENARAN)
==> berpesan2 dgn AL-SABR (KESABARAN)
Moh! Jgn jadi org2 yg rugi!
Amat-amatlah rugi, mereka-meraka yang termasuk dalam golongan yang telah diiktiraf Allah sebagai Golongan yang Rugi. Mahupun secara SEDAR atau TIDAK SEDAR.
masa akan terus berlalu...
Bagaimana dgn kita? Sedar atau tidak? Rugi atau tidak?
Pepatah arab ada menyebut; Waktu ibarat Pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotong kamu.
Sama-sama menuju Redha Allah~
Ibnzakaria

Fikirkanlah

Sememangnya rasa lemah atau rasa ‘down’ atau rasa ‘futur’ itu kadangkala menyapa diri. Setiap yang bernama insan pasti akan berhadapan dengan ujian di dalam hidupnya. Kadang-kala ujian dan diikuti dengan ujian yang datang bertimpa-timpa yang mungkin menyebabkan kita sukar untuk bangkit kembali.

Setelah ujian datang :
  1. Ujian ini boleh membuatkan kita semakin kuat daripada sebelumnya
  2. Kadang-kala kita boleh pintas bangkit semula ke kekuatan yang sama
  3. Kadang-kala ujian ini boleh membuatkan kita rebah tersungkur
  4. Kadang-kadang dengan satu ujian sahaja kita boleh hilang arah dan boleh membuat keputusan yang luar biasa
Andainya kita bangkit semula, maka syukur kepadaNya kerana kita berjaya melepasi ujian ini dan bakal menyaksikan bahawa kita akan menjadi insan yang lebih tabah dan lebih berjaya di masa depan.
Namun jika gagal bangkit, kita bakal melalui jalan buntu mahupun membuat laluan baru yang penuh berliku dan tidak mustahil ianya mungkin bertentangan dengan arus perjalanan yang pernah kita lalui sebelum ini.
Adakah sinar mentari di hari esok? Bagaimana kita akan menghadapinya?
Kita harus menghadapi setiap ujian yang ditempuhi dengan bersangka baik kepada Allah swt. Sudah pasti di sana ada hikmah dan kebaikan di dalam setiap perkara yang berlaku yang mungkin tidak kita ketahui maksudnya.
Firman Allah swt yang bermaksud :
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]
Seterusnya kita boleh menghadapi ujian ini dengan:
  1. Beristighfar dan berdoa memohon pertolongan daripada Ilahi
  2. Bermuhasabah diri, ujian ini mungkin juga disebabkan kesilapan atau dosa-dosa kita sendiri
  3. Menyuarakan rasa hati kepada ke dua orang tua kita atau ‘orang lama’ atau tokoh yang kita kenali
  4. Berbincang dan meluahkan perasaan dengan pendidik atau ‘murabbi’ kita
  5. Berkongsi permasalahan dengan teman atau kenalan yang rapat
  6. Jangan ikutkan sangat perasaan down dan emosi diri
  7. Menyebukkan diri dengan kegiatan dan aktiviti luar yang sihat
Masih bersedih ?
  1. Ambillah sedikit masa di sebelah keheningan malam untuk bertadabbur dengan ayat-ayat Allah swt sebelum tidur.
  2. Bersolat taubat dan menginsafi kesalahan diri
  3. Masuk tidur lebih awal di dalam keadaan berwudhu
  4. Bangun di awal pagi untuk mendapatkan ketenangan bermunajat kepada Ilahi
  5. Bersolat tahajjud sambil menyatakan rasa atau hasrat hati kepada Ilahi di dalam sujud yang terakhir dengan rasa penuh rendah diri dan berharap kepadaNya.
Ingatlah akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,
” … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” –
( Surah At-Talaq, 65: 2-3)
Masih adakah harapan untuk bangkit kembali?
Bukankah semua ujian ini datangnya dari Allah swt? Ada kemungkinan besar bahawa Allah swt menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tidak kita ketahui apa yang bakal berlaku selepas ini. Jadi, kepada siapakah lagi yang harus kita harapkan jika tidak dikembalikan kepadaNya kerana Dia adalah yang Maha Berkuasa dan Penyelesai kepada semua masalah serta ujian-ujian kehidupan.
Jom ! Mari kita bangkit agar terus jadi kuat….!

sakit lagi

Sudah  seminggu saya tidak berhenti bersin, batuk dan hidung sentiasa berair dan tersumbat. Ada satu malam tak dapat nak tidur disebabkan hidung sudah seperti paip bocor. Dan dalam 1 minggu ini juga la sudah 2 kali saya ke klinik untuk mendapatkan ubat.  Memang musimnya. Dalam masa 3 tahun di sini, tak pernah pula kena seperti ni. Check internet, ini simptom-simptom terkena Spring Allergy. Musim bunga tiba awal tahun ini. Doktor kata “Pollen Count” di sini tinggi. Nampak gaya tak dapat nak main bola di luar. Ada sekali saya cuba, ingatkan masa tu dah hampir sembuh. Baru main 20 minit, terus pening kepala dan batuk jadi makin teruk pulak.  Kali yang ketiga ke Student Health, doktor beri ubat yg lebih kuat. Alhamdulillah sekarang beransur pulih.
Bila tiba masa-masa ujian melalui sakit, demam seperti ini, saya terfikir…
Sebagai manusia, kita tidak pernah lari dari melakukan kesilapan mahupun dosa. Sama ada sengaja mahupun tidak sengaja. Kita juga selalu akan cuba memohon ampun dan bertaubat. Moga sakit/demam/not feeling well/sick/tak sihat dan sebagainya itu menjadi peringatan dan tazkirah yang dekat buat kita di kala itu.
Sakit itu Kafarah Dosa
p/s - peringatan penting buat kita
Allah memberikan kita satu ujian kecil seperti Sakit ini sebagai peringatan buat kita. Kita mungkin pada akhirnya berjaya sembuh dari sakit dengan mangambil ubat-ubat doktor. Akan tetapi, apa yang lebih penting utk kita sedari ialah adakah kita berjaya sembuh dari segi ruhani dan hati kita? atau adakah kita berjaya mendapat mesej tersirat yang Allah mahu berikan kepada kita selepas sembuhnya kita?
Maksud saya, Adakah selepas sembuhnya kita dari satu penyakit itu, kita bertambah nekad untuk meningkatkan lagi amal fardhi kita? Bukan apa. Kita perlu faham bahawa tempoh kita sakit itu bukanlah hanya ujian fizikal semata-mata dari Allah. Tetapi, ianya ujian buat Iman kita, buat Taqwa kita dan juga buat Kebergantungan (Tawakal) kita kepada Allah. Itu lah yang sepatutnya lebih mengesani diri kita.
Selalunya selepas ditimpa satu penyakit, kita akan sentiasa menjaga diri kita supaya tidak lagi mendapat penyakit yang sama. Bak kata orang “Prevention is Better than Cure”. Maka, bagaimana pula dengan penyakit2 hati seperti riak dan ‘ujub atau penyakit2 seperti merasa suka berbuat perkara yang dilarang Allah s.w.t? Kalau kita sentiasa berhati-hati dan even check internet utk simptom2 spt Spring Allergy misalnya, kenapa tidak kita kenal pasti virus2 dan simptom2 yg membawa kepada penyakit2 riak, ‘ujub dan merasa suka berbuat maksiat tadi. Nah, ini yang kita perlu sama-sama muhasabah diri kita. Terutama diri saya sendiri.
Sakit juga merupakan ruang dan peluang yang Allah berikan kepada kita utk bermuhasabah dan melihat kembali segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Sekiranya kita berjaya melihat ruang dan peluang ini, langkah seterusnya ialah berubah dan terus melakukan perubahan ke arah kebaikan buat diri ini.
Moga Allah beri kekuatan kepada kita semua. Semoga Allah menyembuhkan diri kita dari segala bentuk penyakit2 fizikal mahupun penyakit2 hati dan ruhani kita. Moga Iman kita bertambah kuat.
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang mukmin itu jika ditimpa penyakit, kemudian disembuhkan oleh Allah daripadanya (penyakit tersebut), maka ia (penyakit itu) menjadi kaffarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu dan menjadi peringatan baginya untuk masa depannya. Sedang seorang munafik, apabila dia sakit lalu disembuhkan, maka dia seperti unta yang ditambat oleh pemiliknya, lalu mereka melepaskannya. Dia (orang munafik itu) tidak tahu mengapa dia ditambat dan dia tidak tahu mengapa dia dilepaskan.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Monday 9 April 2012

Latih anak dengan sifat berani

Berikut adalah beberapa tip yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi menjadikan anak-anak seorang yang berani:

1)    Usah cepat membantu anak dalam pelbagai perkara.  Semua ibu bapa sayangkan anak-anaknya.  Tetapi usah jadikan rasa sayang sebagai alasan untuk cepat membantu mereka.  Bukanlah salah membantu anak-anak kita tetapi ada ketikanya anak-anak perlu diberikan peluang mencuba dan melakukan kesilapan.  Dari kesalahan dan kesilapan inilah mereka belajar.   Ketika anak masih bayi, apabila dia mula pandai berjalan maka dia mula belajar naik tangga.  Biasanya ibu bapa akan terus dukung anaknya dan bawa naik ke tingkat atas sebab takut anak jatuh.  Ibu bapa yang prihatin sebaliknya akan mengawasi dan membiarkan anak-anaknya menapak satu anak tangga ke anak tangga yang lain.  Dari situ anak itu belajar.  



2)    Biarkan anak dimarahi guru apabila mereka lakukan kesalahan.  Ada ibu bapa yang sanggup menghantar buku latihan anaknya semula ke sekolah kerana bimbang anaknya nanti dimarahi guru atau didenda.  Mungkin jika itu kesalahannya yang pertama maka kita hulurkan bantuan dengan menghantar buku itu ke sekolah.  Tetapi bagaimana pula kalau masalah yang sama dilakukan oleh anak berulang kali?  Bermakna anak kita sudah membentuk satu tabiat tidak bertanggung jawab.  Oleh itu biarkan anak dimarahi dan didenda oleh gurunya.  Dari situ dia akan belajar.  Biar dia menjadi seorang yang berani menerima kesalahan dan berhadapan dengan risikonya.  Sebagai ibu bapa usah campur tangan.

3)    Berikan anak-anak peluang bergaul.  Dunia internet hari ini meluaskan pergaulan anak-anak.  Mereka boleh kenal sesiapa sahaja melalui laman sembang, facebooktwitter dan seumpamanya.  Namun begitu, pergaulan bentuk ini tidak sama seperti pergaulan secara langsung.  Anak-anak tidak boleh dikurung di rumah dan dihalang dari keluar bersosial.  Biarlah anak berkawan asal sahaja kita tahu siapa rakan-rakannya, ibu bapa mereka, aktiviti yang dilakukan serta lokasi pertemuannya.  Dalam masa yang sama lakukan pemantauan sebab kita tidak mahu anak-anak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.  

4)    Dedah anak-anak dengan aktiviti lasak.  Aktiviti-aktiviti lasak seperti ‘flying fox’, panjat dinding batu, berkuda, memanah, berenang dan seumpamanya dapat meningkatkan keberanian dalam diri anak.  Bayangkan di barat ada aktiviti ‘bungee jumping’.  Aktiviti ini memerlukan kaki kita diikat dan kemudian terjun dari satu kedudukan yang tinggi langsung ke bawah.  Pasti menakutkan dan menggerunkan.  Tetapi apabila selesai mencubanya pastilah keberanian diri meningkat.  Malah di Malaysia kini sudah ada aktiviti ‘bungee jumping’ ini.  Sebenarnya banyak lagi aktitivi yang boleh dilibatkan bagi menguji keberanian anak-anak.  Misalnya adakah anak kita berani naik ‘roller coaster’ atau sentiasa mengelak.  Jadikanlah anak kita seorang yang lasak dan berani kerana ia penting dalam pembentukan jati diri mereka.

5)    Bawa anak ke majlis orang dewasa.  Berikan anak-anak bergaul dengan orang tua atau mereka yang lebih dewasa dari usianya.  Berikan dia ruang bertanya dan bercerita.  Pengalaman ini akan menjadikan dia seorang yang berani berdepan dengan orang ramai nanti.  Ada ibu bapa yang masih berpegang pada kepercayaan bahawa membawa anak-anak ke majlis orang tua sebagai kurang adab.  Kita tengoklah apa bentuk majlisnya itu. Memang ada yang tidak sesuai di bawa anak.  Tetapi kalau majlis menyambut bayi, hari lahir, kenduri kendara, perkahwinan dan sebagainya maka bawalah mereka bersama.

6)    Latih anak mengambil risiko.  Anak-anak perlu dilatih agar berani mengambil risiko.  Mengambil risiko bukanlah bermakna melakukan sesuatu pekerjaan secara membuta tuli atau meletakkan dirinya pada kedudukan yang membahayakan.  Ada bezanya melakukan kerja bahaya dengan kerja berisiko.  Memanjat pokok itu kerja berisiko.  Tetapi kalau bergayut di dahan tinggi tanpa sebarang langkah keselamatan itu adalah kerja berbahaya.  Begitu juga memberi peluang anak remaja belajar membawa motosikal itu adalah kerja berisiko.  Tetapi membiarkannya membawa motosikal tanpa memakai topi keledar dan memecut laju itu kerja berbahaya.  Anak-anak perlu tahu beza antara risiko dan bahaya.

7)    Bercakap secara positif.  Bagi menanam keberanian dalam diri anak, ibu bapa perlu bercakap secara positif dan sentiasa menunjukkan pada anak yang kita yakin serta percaya akan kebolehan dirinya.  Anak-anak juga perlu tahu dan sedar yang ibu bapanya bersedia menerima kekurangan, kesalahan dan kesilapan yang dilakukannya dengan hati yang terbuka asasl sahaja mereka belajar sesuatu dari pengalaman itu.  Sifat terbuka ibu bapa penting bagi menjadikan anak-anaknya seorang yang berani mencuba dan bertindak.

Seperti yang telah dinyatakan awal-awal tadi sifat berani ini boleh dididik.  mencipta kejayaan apabila kita sebagai ibubapa adalah mentornya... tahu cara dan tahu rahsianya.

Jom Baca...dan amalkanlah

Salah satu ciri-ciri orang cemerlang adalah sifat berlapang dada.  Berlapang dada mudah dikatakan tetapi sukar untuk diamalkan.  Bukan senang bagi berlapang dada apabila orang menfitnah, mengutuk, mengeji, mencerca, mengkritik dan mengaibkan kita.  Namun kalau kita mampu hadapi semua itu dengan hati yang tenang dan ingat Allah maka ganjaran Allah sangatlah besar di akhirat nanti. 

Satu perkara yang kita mesti terima ialah walau bagaimana baik dan mesra pun kita, di luar sana tetap akan ada orang yang tidak berpuas hati.  Itulah realiti kehidupan yang perlu diakui.  Kadang kala, kita buat baik berpuluh kali tetapi hanya satu kesilapan dan kesalahan kecil yang dilakukan lalu semua perbuatan baik itu seolah-olah terhapus dan yang salah itulah juga diulang sebut berkali-kali.  Apa yang boleh kita lakukan?  Mahu dimarah dan ditegur pun tidak bermakna sebab kalau orang sudah tanam dalam fikirannya yang kita ini tidak bagus, tidak elok dan tidak baik maka semuanya dilihat sebagai cacat belaka.

Oleh itu tidak perlulah kita fikirkan sangat pasal orang.  Lebih baik kita fokus kepada diri kita sendiri.  Apakah yang boleh dilakukan bagi berhadapan dengan situasi sebegini.  Salah satu senjatanya ialah berlapang dada.

Berikut adalah beberapa tip untuk kita menanam dan memupuk sifat berlapang dada:

1)    Tiada yang kebetulan.  Ingatlah setiap apa yang berlaku dalam hidup ini tiada yang kebetulan.  Semuanya berlaku dengan keizinan, perancangan dan pengetahuan Allah.  Apabila Allah timpakan sesuatu musibah maka yakinlah disebalik musibah itu terkandung seribu hikmah.  Mungkin Allah sedang menguji tahap keimanan kita; atau meningkatkan darjat kita; atau bagu menyucikan diri kita dari dosa-dosa; atau menambah kebaikan atas diri kita.   Apabila kita yakin semua perkara baik dan buruk itu datangnya dari Allah dengan tujuannya yang tertentu maka hati akan merasa tenang.

2)    Kekal Fokus.  Usah sekali-kali fitnah, umpatan dan cercaan itu difikirkan hingga fokus kita pada matlamat, tugas dan tanggung jawab tersasar.  Tanya diri sama ada kita ini berjiwa besar atau berjiwa kecil.  Kalau kita berjiwa besar maka lihatlah kapal besar yang berlayar di lautan tidak terjejas haluannya jika dipukul ombak-ombak kecil.  Sebaliknya bot dan perahu kecil mungkin berpatah balik atau karam dengan pukulan ombak-ombak kecil ini.  Lakukan sahaja tugasan dan aktiviti seperti biasa dan biarlah suara-suara kerdil itu tenggelam ditelan masa.  Sebab kalau kita sibuk melayan kerenah manusia maka kita sibukkan diri kita bagi perkara yang tidak membawa hasil  Lebih baik kita salurkan tenaga, fokus dan masa kita kepada sesuatu yang pasti menjadikan kita lebih cemerlang di kemudian hari nanti.

3)    Selidik siapa yang berkata-kata itu.  Ada kritikan yang membina dan ada pula dengan tujuan yang jahat atas sebab irihati, cemburu dan sakit hati.  Oleh itu usah tepis semua kritikan.  Cuba buat penilaian terlebih dahulu.  Kalau kritikan itu dilontarkan dari orang yang bersembunyi di sebalik identiti palsu, meski pun bernas, namun tujuannya boleh dipertikaikan.  Oleh itu, lupakan sahaja.  Sebaliknya apabila kritikan itu datangnya dari seseorang yang arif dalam bidang kita, profesional, berilmu dan ada kredibiliti maka berlapang dadalah dan terima kritikan tersebut bagi memperbaiki dan meningkatkan diri.  Sebab sebagai manusia kita pasti punya kelemahan dan kekurangan serta sentiasa ada ruang bagi kita menjadi orang yang lebih baik.

4)    Bersyukurlah.  Langkah terbaik untuk memiliki sifat berlapang dada ialah bersyukurlah.  Sebab orang tidak akan cemburu, menfitnah, mengganggu urusan kita kalau kita tidak punya apa-apa kelebihan dan kejayaan.  Orang hanya sedar akan kehadiran kita apabila kita mula menonjol.  Kalau kita sekadar orang biasa-biasa dan punya apa-apa maka tiada sesiapa pun yang peduli dan ambil pusing.   Ini bermakna anda berada di landasan yang betul menuju ke puncak jaya.  Terus tabah, sabar dan istiqamah.  Insya Allah satu hari walau ditolak sekali pun anda tidak mampu ditumbangkan lagi.  Bersyukurlah.

5)    Senyumlah.  Apa lagi yang mampu kita lakukan selain senyum.  Senyumlah sebab dalam hati kita tahu bahawa orang yang tidak suka kita itu sebab mereka belum kenal kita.  Teruslah menguntum senyum, memberi salam dan berbuat baik.  Lama kelamaan mereka juga akan malu pada diri sendiri.  Malah mungkin satu hari nanti mereka tidak dapat elak dari meminta bantuan dan pertolongan kita.  Ketika itu peluang terbuka luas bagi kita tunjukkan bahawa kita tidak seperti apa yang mereka sangkakan selama ini.  Bantu dan tolonglah mereka dengan senyuman serta keikhlasan.

6)    Maafkan semua orang dan doakan mereka.  Ia sesuatu yang sukar dilakukan tetapi kesannya amat nyata pada jiwa.  Walau orang lontarkan najis dan sampah, doakanlah mereka kebaikan.  Maafkan mereka dan rasa sendiri bagaimana Allah akan campakkan nikmat iman dan ketenangan jiwa yang cukup hebat ke dalam hati kita.  Pernah satu ketika dalam Tahun 1991 dahulu, ketika saya sedang belajar di Australia, ada orang mengeluarkan semua duit simpanan tanpa pengetahuan saya.  Jumlahnya lebih kurang RM20,000 dan ia satu jumlah yang besar pada masa itu.  Pada awalnya saya doakan agar Allah timpakan balasan yang setimpal atas sipelaku.  Satu hari, entah bagaimana, hati saya tergerak berikannya kemaafan dan doakannya keampunan serta kebaikan.  Ketika itu juga saya rasakan bagai satu beban terangkat dari kepala dan hati merasa tenang setenang-tenangnya.  Begitulah hebatnya kuasa doa dan kemaafan.

Hikmat Disebalik DUGAANYA

Apakah hikmah di sebalik dugaan:

1.     Allah tingkatkan darjat dan keimanan kita.  Dalam surah al-Ankabut ayat 2, Allah telah berfirman yang mafhumnya, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji?”.  Bermakna apa juga musibah, bala atau ujian ia Allah datangkan dan izinkan berlaku bagi meningkatkan lagi keimanan dan darjat seseorang hamba itu di sisi Nya.  Ada orang apabila ditimpa masalah, mereka semakin jauh dari Allah kerana kufur mereka.  Ada pula orang, setiap ujian yang datang akan mendekatkan lagi diri dan pergantungannya kepada Allah.  Hendaklah kita yakin bahawa tidak akan berlaku sesuatu musibah itu kecuali dengan kehendak Yang Maha Pencipta.

2.     Allah tarik sedikit nikmat untuk diberikan nikmat yang lebih besar.  Ada ketikanya Allah berikan kita ujian dan menarik nikmat yang telah diberikannya kepada kita selama ini bagi melihat dan menguji kesabaran kita sebagai hamba.  Sekiranya kita sabar dan redha maka Allah akan tambah dengan nikmatnya yang berlipat kali ganda lagi.  Kita menyesali akan nikmat yang telah Allah uji namun fikirkanlah betul-betul kita masih punya dua mata, dua telinga, dua tangan dan kaki, anak-anak, kesihatan tubuh badan, kasih sayang kedua ibu bapa, pekerjaan yang tetap, rumah tempat berteduh dan banyak lagi.

"Maka nikmat Rabb kamu yang manakah yang kamu dustakan?"
(QS. Ar-Rahman: 13)

Tiga puluh dua kali Al

3.     Allah berikan satu musibah bagi mengalih musibah yang lebih besar.  Ada ketikanya Allah berikan satu musibah kecil berlaku ke atas kita kerana menghalang satu musibah yang lebih besar.  Misalnya dalam perjalanan ke pejabat tiba-tiba kereta kita rosak dan memaksa kita berhenti di bahu jalan.  Kita mungkin marah sebab ada urusan penting yang perlu disegerakan hari itu.  Tapi apa pula persepsi kita tidak jauh daripada tempat kita berhenti itu telah berlaku satu kemalangan yang meragut nyawa dan kita tahu kalau tidak kerana kereta kita rosak maka kita adalah salah seorang yang mungkin terlibat dengan kemalangan tersebut kerana beza masanya hanya beberapa minit sahaja daripada masa berlaku kerosakan pada kereta tersebut.

4.     Sebagai menghapus dosa.  Dalam hidup ini tiada siapa yang tidak melakukan dosa sama ada dosa-dosa kecil atau besar.  Oleh itu Allah turunkan sedikit ujian dan dugaan bagi menguji sejauh mana kita sanggup menerimanya.  Sekiranya kita bersyukur maka Allah hapuskan dosa-dosa kita itu.

5.     Memberikan kesedaran kepada kita.  Jika manusia ini tidak ditimpa musibah sehinggakan segala apa yang mereka mahukan mereka dapat dan semua yang mereka lakukan, menjadi; maka akan timbullah rasa sombong, riak, takbur dan sebagainya.  Ujian dan bala yang Allah turunkan itu adalah sebagai peringatan kepada kita sebagai hamba bagi mengingatkan diri kita betapa lemah dan kerdilnya kita.  Bak kata pepatah Melayu ‘bila terhantuk barulah tertengadah’.   Bila kena barulah mahu beringat-ingat. 

6.     Memberikan iktibar kepada orang lain.  Setiap dugaan yang berlaku sebenarnya mengandungi banyak rahsia, maksud dan ingatan yang tersirat bukan sahaja buat mereka yang ditimpa musibah tetapi juga buat seluruh umat manusia.  Bagi mereka yang berfikir dan mahu mengambil pengajaran maka mereka pasti dapat lihat bagaimana Allah boleh turunkan bencana dan dugaan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.  Tiada siapa pun yang boleh lari dari ujian Allah ini dan hanya mereka yang beriman dan bertakwa sahaja yang mampu tenang disaat berlakunya musibah dan ujian.

7.     Tanah subur bagi mereka yang mahu menyemai.  Musibah yang menimpa orang lain membuka ruang dan peluang kepada mereka yang mempunyai lebihan harta dan wang untuk menderma dan menghulurkan bantuan.  Apabila apa yang diberikan itu dengan niat yang ikhlas maka Allah akan lipatgandakan lagi rezeki kita seperti yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah al-Baqarah ayat 265 yang mafhumnya:

“Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, dan pada tiap-tiap tangkai menghasilkan 100 biji. Allah melipatgandakan pahala kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) serta Maha Mengetahui.”   Begitulah luasnya rahmat Allah yang meliputi seluruh langit dan bumi.

8.     Tanda Allah masih sayangkan kita.  Setiap dugaan yang Allah berikan itu adalah sebagai tanda Tuhan masih sayangkan kita lalu diberikan oleh Nya peringatan agar kita cepat sedar dan beristighfar serta kembali ke pangkal jalan.  Jika Allah tidak sayangkan kita maka pastilah Allah biarkan sahaja kita lakukan sesuka hati dan dibiarkan mati dalam keadaan sesat dan kufur.  Allah suka apabila kita memujiNya, meminta kepadaNya dan merintih di hadapanNya.  Sebab itulah Allah berikan kita sedikit kesusahan agar kita tidak terpedaya dan lalai dalam kehidupan yang sementara ini.

Begitulah hebatnya Allah s.w.t.  Disebalik dugaan, musibah dan ujian itu tersembunyi pelbagai nikmat dan rahmat yang besar.  Hanya hati yang celik sahaja mampu melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.  Ada ketikanya kita rasakan sesuatu itu baik untuk kita tetapi sebenarnya tidak dan begitu juga sebaliknya.  Oleh itu berserahlah kepada Allah dengan penyerahan yang sebenar-benarnya.  Teruslah berfikiran positif dengan mencari hikmah, kebaikan dan kekuatan atas segala ujian, keburukan dan kelemahan.

Raja Istighfar..AMALKANLAH

Raja Istighfar

Picture
Allahumma anta Rabbi la ilaha illa anta khalaqtani, wa ana ‘abduka wa ana ‘ala ‘ahdika ma-statha’tu, a’udzu bika min syarri ma shana’tu, abu’u laka bini’matika ‘alayya wa abu’u bidzanbi fa-gfir li, fainnahu la yaghfirudz-dzunuba illa anta

Artinya

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, yang tiada Tuhan pantas disembah melainkan Engkau. Tuhan yang telah menciptakan diriku. Aku adalah hamba-Mu dan aku ada dalam perjanjian-Mu, yang dengan segala kemampuanku aku laksanakan perintah-Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari segala perbuatan buruk yang aku lakukan kepada-Mu. Engkau telah mencurahkan nikmat-Mu kepadaku, sedangkan aku senantiasa berbuat dosa. Ampunilah dosaku karena tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau. 

(HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah, dan Hakim)

 (Hadis Riwayat al-Bukhari (no. 6306, 6323), Ahmad (4/122, 125), dan an-Nasa’I (8/279-280) dari Syaddad bin Aus radhiyallahu ‘anhu)

Rasulullah membiasakan membaca doa itu dan beliau menyebutkan sebagai Sayyidul Istighfar atau Raja Istighfar. Bahkan, Rasulullah menegaskan, barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada sore hari dan hamba Allah itu meninggal pada malam harinya hingga terbit matahari ia berhak masuk surga. Barangsiapa yang membaca sayyidul istighfar pada malam hari, kemudian hamba Allah itu meninggal pada siang hari (mulai matahari terbit hingga terbenamnya) ia berhak masuk surga.

BERI MASA DEMI ANAK

Semua ibu bapa berkata mereka sayangkan anak, tetapi mengapa si kecil tidak berasakan demikian? Kesibukan ibu bapa menyebabkan masa diluangkan dengan anak terbatas. Anak yang cemerlang mempunyai hubungan kekeluargaan erat dan ibu bapa banyak meluangkan masa dengan mereka. Lebih banyak masa bersama ibu bapa, semakin dirasakan kasih sayang itu. Tiada sesiapa boleh menggantikan kehadiran ibu bapa. Wang ringgit tidak boleh membeli kebahagiaan anak.

Kerap kali ibu bapa cuba menggantikan masa dengan kebendaan dan kewangan. Mereka belikan apa saja yang anak mereka mahukan. Mereka berikan wang setiap kali dipinta. Namun, ia hanya menjadi keseronokan seketika sedangkan jiwa mereka kosong dengan kasih sayang.

Ini bukanlah bermakna anak yang terbiar tiada yang berjaya. Tetapi, apabila keharmonian keluarga terjejas dan ibu bapa terlalu sibuk dengan kerja dan urusan masing-masing, disiplin anak terbiar. Mereka malas menyiapkan kerja sekolah, ponteng kelas agama, salah pilih kawan, buang masa dengan permainan video dan asyik berinternet.

Berikut perkara yang perlu ibu bapa lakukan bagi memastikan anak mereka cemerlang dunia dan akhirat.

1. Berikan masa bersama seisi keluarga. Wujudkan aktiviti keluarga seperti makan bersama, solat berjemaah, bercuti, berkelah, beriadah, bermain dan menonton.  Apabila sudah bersama pasti banyak cerita, gurauan dan kenangan. Semua ini mampu meningkatkan estim diri anak. Anak yang sayangkan keluarga dan ibu bapa tidak akan sanggup mengecewakan dan melakukan sesuatu yang memalukan nama baik keluarga.

2. Berikan masa untuk setiap anak secara personal. Kadangkala ada sesuatu yang mahu disampaikan tanpa diketahui adik-beradik yang lain. Oleh itu, adakan masa secara personal. Jika apa yang disampaikan itu satu rahsia maka ibu bapa perlu rahsiakan, jangan sampai anak tidak percayakan kita lagi.

3. Berikan anak masa bersendiri. Ada ketikanya anak perlukan masa untuk dirinya. Ketika itu usah ganggu mereka. Biarkan mereka dalam biliknya dan melakukan apa saja asalkan tiada sesuatu yang buruk dilakukan. Ketuk bilik sebelum masuk sebagai menunjukkan yang kita hormati haknya sebagai anak.

4) Ambil cuti untuk bersama anak. Usah sayang cuti yang ada. Gunakan sebahagian daripada cuti yang ada untuk bersama dengan anak. Apabila bercuti dengan anak pastikan mereka diberitahu bahawa kita memang sengaja ambil cuti untuk bersama dengan mereka agar anak lebih menghargai masa yang diluangkan itu.

5. Temu janji dengan anak sama penting dengan orang lain. Kita berjanji membawa mereka makan di luar, tetapi apabila tiba masanya, dibatalkan dengan pelbagai alasan.  Bayangkan anak begitu teruja menanti detik bersama ibu bapa malah mereka sanggup membatalkan program dengan kawan-kawan semata-mata mahu bersama orang disayang, tetapi akhirnya mereka hampa. Jika sekali dua mungkin boleh diterima anak, tetapi apabila sering begitu, anak berasakan bahawa ibu bapa tidak pentingkan hati dan perasaan mereka.

6. Adakan masa untuk mendengar luahan hati dan masalah anak. Ibu bapa tidak suka anak mereka bermasalah, tetapi hakikatnya mana ada manusia hidup yang tanpa masalah. Masalah adalah satu proses yang mematang dan mendewasakan anak. Ramai ibu bapa cuma mahu mendengar cerita yang baik sahaja. Mereka mahu anak mereka dipuji guru dan masyarakat, keputusan yang baik, anugerah dan menang pertandingan. Tetapi, anak itu manusia biasa. Ada ketikanya markah peperiksaan merosot, guru menegur kelakuannya, tidak mendapat kedudukan yang baik dalam kelas atau gagal memenangi pertandingan. Apabila tertekan, tempat mengadu ialah ibu bapa. Tetapi, adakah kita bersedia mendengar cerita dan luahan hati anak ini?

7. Cari masa hadir dalam acara penting anak. Kehadiran ibu bapa adalah bukti kita sayangkan mereka. Ia satu pengorbanan mudah buat si anak. Bayangkanlah hati anak apabila melihat ibu bapa kawan-kawannya hadir. Jangan hampakan mereka sebaliknya beri sokongan moral. 
 

Cubalah amalkan

Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Silalah SHARE untuk kebaikan bersama. :)

Sunday 8 April 2012

Kenali diri melalui tarikh lahir


20. 4.1968.....aku yang bersifat CERIA....
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jodie Foster.
untuk mencubanya sila lawati sesawang..http://sifatdiri.info/

SENYUM IKHLAS

Sesungguhnya senyuman adalah sedekah. Pancaran keikhlasan dalam senyum dapat mengobati luka, bisa menjadi penyembuh rindu, sanggup menawarkan gelisah jiwa. Pernah saat sedang kuliah dahulu, saya sedang merasa benar-benar sedih. Selama beberapa waktu saya tenggelam dalam kesedihan. Tiba-tiba saya berjumpa dengan sahabat saat menuju warung makan. Ia memanggil saya diirngi senyuman yang sangat ikhlas. Sontak hati ini bangkit kembali. Tanpa disadari Ia telah menyirami tanaman hati yang hampir mengering. Kami mengobrol dengan riang dan masalah yang saya alami pun terlupakan.

Contoh senyuman lainnya yang dapat menawarkan dahaga cinta adalah senyuman keluarga. Saat pulang ke rumah, Ibu menyambut dengan gembira. . Murni, tulus, bening. Hilang sudah rasa lelah Kemudian ayah dan adik-adik menyambut sehingga tenggelamlah kami dalam perbincangan hangat.
Penawar hati seperti ini tidaklah bisa ditakar dengan harta. Berapa banyak orang yang menghabiskan berjuta-juta demi kehangatan dan kasih sayang. Namun hanya orang yang ikhlas sajalah yang dapat menyebarkan kasih sayang tulus kepada sesamanya



kini ...itu semuaa tinggal kenangan....

Sudahkah kita ikhlas dalam beribadat..????

Apa niatmu beribadah? Sudah ikhlaskah niatmu ketika bersedekah? Apakah kamu bersedekah supaya dianggap seorang dermawan? Apakah niatmu berjihad/berperang untuk dianggap sebagai mati syahid? Apakah niatmu menuntut ilmu untuk menjadi orang terkenal?
Jangan-jangan kita sudah salah niat selama ini, jangan-jangan niat ikhlas kita sudah tercemar dengan keinginan dipuji (riya). Kalau begitu, kita akan termasuk orang yang merugi di akhirat nanti. Kita mungkin sudah mendapatkan tujuan beribadah itu di dunia, tetapi di akhirat Allah SWT melemparkan kita ke api neraka karena kita berdusta dengan niat itu. Inilah hadist Qudsi yang mengingatkan kita agar selalu beribadahj itu semata-mata ikhlas karean Allah:
Dari Abi Hurairah Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Sesungguhnya manusia pertama yang dihisab pada hari kiamat adalah orang yang mati syahid di jalan Allah. Dia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatan (yang diberikan di dunia), lalu ia pun membenarkannya. Allah bertanya kepadanya : ‘Amal apakah yang engkau lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Ia menjawab : ‘Aku berperang semata-mata kerana Engkau sehingga aku mati syahid.’ Allah berfirman : ‘Engkau berdusta! Engkau berperang supaya dikatakan seorang yang gagah berani. Memang demikianlah yang telah dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret orang itu atas mukanya (bertelungkup), lalu dilemparkan ke dalam neraka.
Berikutnya orang (yang dihisab) adalah seorang yang menuntut ilmu dan mengajarkannya serta membaca al Qur`an. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatannya, maka ia pun mengakuinya. Kemudian Allah menanyakannya: ‘Amal apakah yang telah engkau lakukan dengan kenikmatan-kenikmatan itu?’ Ia menjawab: ‘Aku menuntut ilmu dan mengajarkannya, serta aku membaca al Qur`an hanyalah kerana engkau.’ Allah berkata : ‘Engkau berdusta! Engkau menuntut ilmu agar dikatakan seorang ‘alim (yang berilmu) dan engkau membaca al Qur`an supaya dikatakan (sebagai) seorang qari’ (pembaca al Qur`an yang baik). Memang begitulah yang dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeret atas mukanya dan melemparkannya ke dalam neraka.
Berikutnya (yang dihisab) adalah orang yang diberikan kelapangan rezeki dan berbagai macam harta benda. Ia didatangkan dan diperlihatkan kepadanya kenikmatan-kenikmatannya, maka ia pun mengenalinya (mengakuinya). Allah bertanya : ‘Apa yang engkau telah lakukan dengan nikmat-nikmat itu?’ Dia menjawab : ‘Aku tidak pernah meninggalkan shadaqah dan infaq pada jalan yang Engkau cintai, melainkan pasti aku melakukannya semata-mata kerana Engkau.’ Allah berfirman : ‘Engkau dusta! Engkau berbuat yang demikian itu supaya dikatakan seorang dermawan (murah hati) dan memang begitulah yang dikatakan (tentang dirimu).’ Kemudian diperintahkan (malaikat) agar menyeretnya atas mukanya dan melemparkannya ke dalam neraka.’”
Merinding saya membacanya. Astaghfirullahal’adzim, ampuni kami Ya Allah karena ketidakikhlasan kami…

MAKTAB PERGURUAN KENINGAU SABAH

iNILAH maktab Perguruan..tempat aku menimba ilmu perguruan selam 2 tahun setengah bermula 1990-1993.Kewujudan tiga buah maktab perguruan di Sabah lewat tahun 70-an didapati tidak mencukupi untuk menghasilkan guru-guru permulaan (terlatih) di sekolah-sekolah. Kerajaan negeri berpendapat Sabah memerlukan maktab perguruan keempat dan ketetapan awal lokasi pembinaannya ialah di Daerah Tawau. Kelewatan daerah berkenaan menyediakan tapak bagi maktab perguruan baru ini membuka ruang bagi cadangan yang dibuat oleh Tan Sri Sufian Koroh (seorang pemimpin kerajaan negeri ketika itu) supaya institusi latihan bagi bakal-bakal guru keempat di Negeri Di Bawah Bayu ini dibina di Keningau. Kerajaan Persekutuan menerima cadangan berkenaan dan kawasan tanah simpan Kg. Limbawan (lokasi Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau sekarang) telah dipilih. Kawasan tanah simpan kerajaan tersebut ditukar ke Kg. Menawo. IPG Kampus Keningau terletak di Bukit Langsat (satu ketika dahulu terdapat banyak pokok langsat di kawasan ini) dan keluasan kampusnya ialah 40 hektar.

Pembinaan IPG Kampus Keningau bermula pada tahun 1982 dengan belanja sebanyak RM32 juta dan siap sepenuhnya pada tahun 1984. Perasmiannya dilakukan empat tahun kemudian oleh Bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu pada 16 Ogos 1988. Pada tarikh yang sama juga berlangsung konvokesyen pertama di mana seramai 250 orang guru pelatih Kursus Perguruan Asas (KPA) yang memulakan kursus mereka pada 4 Februari 1985 menerima sijil masing-masing.
Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) yang menggantikan KPA memulakan ambilan pertamanya pada bulan Ogos 1996. KDPM Ambilan Januari 2000 menyaksikan komposisi guru pelatih yang berbeza sedikit dengan kehadiran sebilangan besar guru-guru pelatih bekas guru-guru sandaran tidak terlatih.
Semenjak penubuhannya hingga sekarang, pentadbiran IPG Kampus Keningau telah diterajui oleh tujuh orang pengetua dan pengarah. Pengetua pertama ialah Encik Jikal Gabie (1985-1993). Pada masa tersebut jumlah pensyarah yang menjadi kumpulan staf akademik perintis adalah seramai 16 orang serta dibantu oleh beberapa orang staf sokongan. Kekosongan jawatan pengetua hingga tahun 1995 dipangku oleh Tuan Haji Adenan Haji Wagimin (Timbalan Pengetua waktu itu). Pengetua kedua ialah Puan Aminah Hj. Musally (1995-2001). Puan Mary Teresa Kinajil (bekas Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Sabah) ialah Pengetua ketiga yang kemudiannya diganti dengan panggilan Pengarah. En. Aron Hj. Warso (2005-2006) adalah Pengarah keempat sehingga beliau bersara pada penghujung 2006 dan tempat beliau diganti oleh En. Jame Alip (Nov 2006 - Ogos 2008) sebagai Pengarah yang kelima. Pada Ogos 2008, En. Jame Alip melepaskan jawatan Pengarah di institut ini setelah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Mulai September 2008 sehingga kini, IPG Kampus Keningau diterajui oleh Puan Lim Sai Kiow@Penny Lim

Saturday 7 April 2012

Kumpulan kata bijak kepercayaan pada diri

berikut ini ada beberapa kata-kata bijak atau kata bijak untuk menumbuhkan sifat Pede kita, simaklah selengkapnya:

Kumpulan kata bijak bikin percaya diri
  • Rasa percaya diri merupakan perasaan yang Anda miliki sebelum Anda benar-benar mengerti keadaan sebenarnya. (Anonim)
  • Percaya diri memberikan Anda kebebasan untuk membuat kesalahan dan mengatasi kegagalan, tanpa merasa bahwa dunia Anda telah berakhir, atau bahwa Anda adalah orang yang tidak berharga. (Author Unknown )
  • Rahasia khusus untuk membuat mimpi menjadi kenyataan di rangkum dalam 4C, yaitu : Curiasity (rasa ingin tahu), Confidence (percaya diri), Courage (keberanian), Constacy (ketetapan). Yang terbesar dari semua ini adalah Confidence (percaya diri). (Anonim)
  • Percaya diri adalah hal yang pertama diperlukan untuk usaha besar. (Samuel Johnson )
  • Untuk melangkah maju, Anda harus mempercayai diri Anda sendiri. Miliki keyakinan untuk melaksanakan kepercayaan itu. (Anonim)
  • Jika kau berpikir kau kalah, kau benar kalah. Jika kau berpikir kau gentar, kau benar gentar. Jika kau ingin menang, tetapi berpikir kau tak bisa, hampir pasti kau takkan menang. (Napoleon Hill)
  • Dengan cara yang lembut, Anda dapat mengguncang dunia. (Mohandas Gandhi)
  • Saya belum cukup umur untuk bermain bisbol atau sepak bola. Saya belum berumur delapan tahun. Ibu saya berkata "Ketika kamu bermain bisbol, kamu tidak akan bisa berlari cepat karena kamu sedang menjalani operasi." Saya mengatakan kepada Ibu "Saya tidak perlu berlari cepat. Ketika saya bermain bisbol, saya hanya akan memukul bola keluar dari lapangan. Lalu aku akan bisa berjalan." (Edward J. McGrath, Jr.)
  • Percayalah pada diri Anda, karena orang lain tak akan bisa mempercayai Anda, jika Anda sendiri meragukan kemampuan Anda. (Elsa)
  • Jika Anda seorang sutradara, seluruh mata pencaharian dan seluruh kreativitas didasarkan pada kepercayaan diri Anda. Kadang-kadang yang berbahaya adalah dekat dengan kesombongan. (Trevor Nunn)
  • Pertempuran hidup tak selalu dimenangkan, oleh orang yang lebih kuat atau lebih cepat, karena cepat atau lambat, dia yang berjaya, adalah dia yang berpikir dia bisa. (Napoleon Hill)
  • Milikilah rasa percaya kepada diri sendiri dan kerahkan semangat cukup besar dibelakang keinginan anda untuk mencapai apa yang Anda cita - citakan. (Dr.D.J.Schwartz)
  • Jika Anda benar-benar hanya menilai kecil pada diri sendiri, yakinlah bahwa dunia tidak akan menaikkan harga Anda. (Anonim)
  • Aku bukanlah seorang juara saat pertama kali tampil. Aku harus membangun rasa percaya dalam diri bahwa aku memiliki kemampuan untuk menang. (Thomas J. Watson)
  • Saya yakin semua manusia lahir dengan hadiah lebih dari yang kita tahu. Kebanyakan jenius lahir dan sayangnya hanya mendapatkan kemerosotan dengan cepat. (Buckminster Fuller)
  • Jika kau berpikir kau kalah kelas, kau benar kalah. Kau harus berpikir tinggi untuk naik. Kau harus yakin akan dirimu sendiri, sebelum kau bisa memenangkan hadiah. (Napoleon Hill)
  • Saya sadar bahwa saya kurang dari beberapa orang, tetapi kebanyakan orang tidak sadar bahwa saya jauh lebih baik dari apa yang mereka lihat. (Douglas Pagels)
  • Humor berasal dari kepercayaan diri. (Rita Mae Brown)
  • Berjalan percaya diri menuju impianmu. Jalani hidup seperti yang kamu bayangkan. (Henry David Thoreau)
  • Di dalam hidup, seberapa sering kita menyelesaikan tugas yang di luar kemampuan orang lain, kita ketika kita sudah memulainya? (Robert Brault )
  • Jika kau pikir kau akan kalah, kau sudah kalah, karena dari dunia ini kita paham, keberhasilan diawali dengan kemauan, dan semuanya bergantung pada pikiran. (Napoleon Hill)
  • Hanya orang takut yang bisa berani, karena keberanian adalah melakukan sesuatu yang ditakutinya. Maka, bila merasa takut, anda akan punya kesempatan untuk bersikap berani. (Anonim)
  • Saya tegaskan harga diri, kepercayaan diri, dan martabat, bukan sebagai yang ideal, tapi sebagai ujian nyata dari organisasi masyarakat. Tanpa pengembangan kepemimpinan, organisasi masyarakat tidak memiliki daya tahan. (Paul Wellstone )
  • Aku tidak menganggap diriku sebagai seorang gadis kumuh miskin berkekurangan. Aku menganggap diriku sebagai seseorang yang sejak usia dini tahu saya bertanggung jawab untuk diriku sendiri, dan saya harus membuat baik. (Oprah Winfrey )
  • Saya tidak percaya Anda harus lebih baik dari orang lain. Saya percaya Anda harus lebih baik daripada yang pernah Anda pikir Anda bisa. (Ken Venturi )
  • Jika saya tidak untuk diri saya sendiri, siapakah untuk saya? (Hillel Danziger)
  • Saya telah belajar dari pengalaman bahwa sebagian besar kebahagiaan atau penderitaan tergantung pada ketetapan kita dan bukan pada keadaan kita. (Martha Washington )
  • Orang-orang yang mempunyai kepercayaan diri mampu menjadi pengubah sejarah. Mereka adalah orang-orang yang mampu mengubah/menetapkan arus dan memecahkan rekor. Mereka dengan berani melakukan apa yang sulit dilakukan menurut kebanyakan orang. (Dr Keith Johnson)
  • Saya berpikir mengenai pasien saya, bagaimana momen terburuk bagi mereka adalah ketika mereka menemukan bahwa merekalah tuan atas nasib mereka sendiri. Ini bukan soal nasib buruk atau baik. Ketika mereka tidak bisa lagi menyalahkan nasib, mereka putus asa. (Anaïs Nin )
  • Saya memiliki iman yang besar di kebodohan - teman-teman saya menyebutnya kepercayaan diri. (Edgar Allan Poe)
  • Kepercayaan diri adalah rahasia pertama dari kesuksesan. (Ralph Waldo Emerson )
  • Harga diri adalah buah dari disiplin: kesadaran akan harga dirinya tumbuh dengan kemampuan untuk mengatakan tidak kepada diri sendiri. (Abraham Heschel )
  • Mengasihani diri sendiri tidak membawa Anda ke manapun. Seseorang harus berani berpetualang melakukan permainan paling menarik di dunia, menjadi seseorang yang terbaik. (Harry Emerson Fosdick )
  • Percaya diri tidak sama dengan ego. Ego adalah Anda berpikir memiliki semua jawaban. Percaya diri adalah mengetahui Anda tidak memiliki jawaban, tetapi menjadi cukup yakin bahwa Anda akan dapat menemukannya. (Maggie Stiefvater)
  • Setelah Anda menjadi sadar diri, tidak ada akhir untuk itu, namun setelah Anda mulai meragukannya, tidak ada ruang untuk yang lain. (Mignon McLaughlin)
  • Bukan siapa diri Anda yang menggagalkan Anda, namun yang Anda pikirkan Anda tidak bisa. (Anonim)
  • Dari semua kelemahan kita, yang paling kejam adalah memandang rendah keberadaan kita. (Michel de Montaigne)
  • Tidak ada kemungkinan mengurangi gangguan kepadamu selain mengabaikan mereka. (Robert Brault)
  • Orang menjadi sangat luar biasa ketika mereka mulai berpikir bahwa mereka dapat melakukan sesuatu. Ketika mereka percaya diri, mereka memiliki rahasia pertama dari kesuksesan. (Norman Vincent Peale)
  • Manusia itu seperti jendela kaca patri. Mereka bersinar dan bersinar ketika matahari keluar, tetapi ketika kegelapan merasuk, keindahan sejati mereka terungkap hanya jika ada cahaya dari dalam. (Elisabeth Kübler Ross)
  • Tidak ada yang bisa membuat Anda merasa rendah diri tanpa persetujuan Anda. (Eleanor Roosevelt)
  • Takut? Apa yang harus dilakukan seorang dengan rasa takut? Ubahlah aturan hidup kita, semua masa depan tidak diketahui. Hidup terbaik yang bisa kita dapatkan adalah menjalankan dari hari ke hari. (Sophocles)
  • Pendidikan adalah kemampuan untuk mendengarkan hampir semua hal tanpa kehilangan kesabaran atau rasa percaya diri Anda. (Robert Frost)
  • Jangan tinggal di bawah harapan. Keluarlah dan lakukan sesuatu yang luar biasa. (Wendy Wasserstein)
  • Setelah kita percaya pada diri sendiri, kita bisa mengambil risiko rasa penasaran, kesenangan spontan, atau pengalaman yang mengungkapkan jiwa manusia. (E. E. Cummings)
  • Jangan biarkan orang mencuri mimpi Anda. Ini impian Anda, bukan mereka. (Dan Zadra)
  • Pikiran biasa kita selalu berusaha untuk membujuk bahwa kita hanyalah biji pohon ek dan bahwa kebahagiaan terbesar kita akan menjadi lebih besar, gemuk, seperti biji pohon ek shinier, tetapi hanya menarik untuk babi. Iman kitalah yang memberikan pengetahuan tentang sesuatu yang lebih baik: bahwa kita bisa menjadi pohon ek. (E.F. Schumacher)
  • Mulia dan agung. Berani dan bertujuan. Setia dan tak kenal takut. Itu adalah siapa Anda dan siapa Anda selalu. Dan pemahaman itu dapat mengubah hidup Anda, karena pengetahuan ini membawa keyakinan yang tidak dapat diduplikasi dengan cara lain. (Sheri L. Dew)
  • Tidak ada kekuasaan dan kondisi kesulitan dalam diri yang dapat menekan Anda. Tidak ada pengetahuan, kekuasaan, maupun kebajikan, mempengaruhi anda tanpa dengan persetujuan Anda sendiri. (William Ellery Channing)
  • Jangan pernah memudarkan sinar anda untuk orang lain. (Tyra Banks)
  • Jangan pedulikan apa yang para kritikus katakan. Sebuah patung tidak pernah didirikan untuk menghormati kritikan. (Jean Sibelius)
  • Manusia merugikan orang lain dengan perbuatan mereka, namun merugikan diri sendiri dengan pikiran mereka. (Augustus William Hare)
  • Hidup menandai harga kita semua, jadi sebaiknya kita mulai menaruh harga yang tinggi untuk diri kita sendiri. (Mignon McLaughlin)
  • Jangan biarkan orang membuat Anda gila ketika Anda berjalan dengannya . (Anonim)
  • Hidup tidak mudah bagi kita. Tapi apa itu? Kita harus punya ketekunan dan berdiri di atas semua keyakinan dalam diri kita sendiri. Kita harus percaya bahwa kita dikaruniai sesuatu untuk mencapai tujuan. (Madame Curie)
  • Mari kita masing-masing mengambil obor menyala dan memasang sebagai cahaya bola api yang menyala dari diri kita. Dan mari kita membakar langit dan meninggalkannya dengan bekas yang dalam, dan membiarkan mereka menjadi tanda tangan kita di atas keabadian apa yang telah kita lalui! (C. JoyBell C.)
  • Janganlah saya bermimpi jatuh ke dalam kesalahan besar, dihukum ketika saya berbuat salah. (Ralph Waldo Emerson)
  • Pinjamkan diri Anda untuk orang lain, tetapi berikan diri Anda kepada diri Anda sendiri. (Michel de Montaigne)
  • Tidak ada hal indah yang pernah dicapai kecuali oleh mereka yang berani percaya sesuatu yang dalam diri mereka itu mengungguli keadaan. (Bruce Barton)
  • Bukan apa yang Anda katakan keluar dari mulut Anda yang menentukan hidup Anda, melainkan apa yang Anda bisikan kepada diri sendiri yang memiliki kekuatan paling besar! (Robert T. Kiyosaki)
  • Jangan menundukkan kepala Anda. Selalu tegaklah tinggi-tinggi. Lihatlah dunia langsung di wajah. (Helen Keller)
  • Butuh waktu lama bagiku untuk tidak menghakimi diriku sendiri melalui mata orang lain. (Sally Field)
  • Penting untuk memiliki keberanian, namun kekuatan tanpa kepercayaan diri tidak ada gunanya. (Giacomo Casanova)
  • Dalam kitab Gaga, ketenaran ada di dalam hatimu, ketenaran ada untuk menghibur Anda, untuk memberikan Anda kepercayaan diri dan harga diri kapanpun Anda membutuhkannya. (Lady Gaga)
Demikianlah artikel yang membahas mengenai kumpulan kata-kata bijak yang bikin pede, semoga artikel ini dapat memberikan manfaat bagi kita semua.[am]

MEMORI MAJIS PERKAHWINAN ANAKANDA