Tuesday 6 March 2012

WANITAKU BERTUDUNG..

Wanita adalah satu simbolik yang sering dikaitkan dengan kelembutan dan jua kesopanannya. Warna putih pula dikaitkan dengan suci dan bersih.

Sehelai kain kanvas putih pada mulanya akan diwarnakan oleh si pelukis, untuk mencorakkan apa yang diinginkan begitu juga dengan manusia, ini kerana manusia itu lahir dalam keadaan yang suci tanpa cacat cela.
Islam tidak menghalang wanita menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.
"Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung." - Surah Al-Nur (24): 31
Muslimah kini haruslah bergerak mencari "role model" terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W.
Sebagai insan biasa kita tidak mungkin dapat menyamai Saidatina Khadijah r.a. namun sebagai hamba Allah swt, kita boleh berusaha memupuk dan menyemai sifat-sifat terpuji itu secara beransur-ansur dengan sabar.
Antara sifat-sifat terpuji itu ialah taat perintah Allah, berakhlak mulia, dermawan, sabar, tabah, cekal, penyayang, berwawasan dan berfikiran kreatif.
Keikhlasan hati beliau terletak di kedudukan langit tertinggi yang hanya boleh dicapai oleh insan yang melakukan sesuatu hanya kerana Allah swt semata-mata.
Selaras degan tuntutan kini yang dahagakan ilmu dan jua memerlukan sesuatu proses bagi menimbulkan kesedaran diri untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik, maka pihak iluvislam.com ingin turut serta meyumbangkan tenaga ke arah pembentukan muslimah sejati, muslimah terbaik.

Atas dasar tangungjawab kepada Ummah, iluvislam merancang bagi mengadakan satu program yang boleh dijadikan landasan kepada para muslimah, mencari dan memperbaiki diri, di samping menambahkan ilmu pengetahuan.
Melalui misi melaksanakan tanggungjawab fardhu kifayah serta membentuk wanita muslimah yang berketrampilan dan kuat dengan pendedahan Islam yang lengkap, Konvensyen Bidadari Dunia ini bermatlamat melahirkan lebih ramai pendakwah mullimah sejati. Konvensyen ini juga membantu para wanita agar menjadi wanita serta anak solehah. Selain itu, ini juga memberi anjakan paradigma dalam diri setiap muslimah demi memperbaiki diri ke arah yang lebih baik disamping mengamalkan syariat Islam.
Konvensyen yang menghimpunkan 19 tokoh wanita terbaik dari pelbagai lapangan pengetahuan ini membawakan persoalan dan kisah menarik 19 tokoh terkemuka seluruh Malaysia.
Antara ahli panel yang dijemput termasuklah Prof. Madya Dr Syarifah Hayati Syed Ismail, Dr Nikki Syuhada Shukor, Wardina Safiyyah, Catriona Norhayati Ross Bahrin, Amie Sofie, Prof. Muhaya dan ramai lagi.
Konvensyen Bidadari Dunia ini bermula dari 24 hingga 25 Mac 2012. Tuan dan puan yang berminat menyertai Konvensyen istimewa khas buat wanita ini boleh melayari www.bidadaridunia.com bagi maklumat lanjut.

FAHAMILAH MAKNA PENDIDIKAN..KEMBALIKAN NILAI PENDIDIKAN

Pendidikan di Malaysia tidak pernah lari daripada krisis. Pelbagai masalah menimpa seperti keberkesanan sistem pembelajaran dipersoalkan, sistem peperiksaan dikatakan menjadi punca tekanan,  masalah keboleh-pasaran graduan universiti, rasuah pensyarah, isu PPSMI, isu PTPTN, isu kebebasan akademik, AUKU yang dikatakan mengongkong mahasiswa, isu plagiarisme dan banyak lagi. Ironinya, tidak sedikit tindakan daripada pihak berwajib untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut, namun tetap tidak dapat diselesaikan, malahan saban hari semakin banyak masalah menimpa.
Yang pasti, tindakan penyelesaian masalah harus difikirkan secara mendalam. Yang seharusnya diselesaikan itu akar permasalahan, bukan gejala daripada masalah. Mungkin yang patut diselesaikan itu cuma 20% daripada punca masalah keseluruhan. Dengan 20% akar permasalahan yang selesai ini bakal menyelesaikan 80% kesan masalah yang lain seperti yang digariskan dalam Prinsip Pareto.
Justeru, bagi penulis, perkara utama yang harus diselesaikan dalam konteks pendidikan negara ialah 'kembali memahami makna pendidikan yang sebenar' dan 'kembalikan semula nilai pendidikan'.
Krisis Pendidikan Negara
 Fareed Zakaria dalam makalahnya bertajuk 'The Education of a President: Harvard's new leader is right to try to raise standards–but he needs to do it for everyone', menyinggung akan permasalahan ini dengan meyatakan salah satu daripada tragedi pendidikan moden di Amerika ialah penukaran presiden universiti (college president) daripada intellectual kepada para birokrat. Persoalannya, apakah birokrat yang diangkat menjadi presiden universiti ini memahami falsafah pendidikan dan roh university?
Mengulas kenyataan Fareed Zakaria ini, Siddiq Fadzil tanpa berlapik lagi melampiaskan fenomena "one of the minor tragedies" yang berlaku dalam sistem pendidikan tinggi Amerika ini ke atas Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia lewat pertanyaan, "tidakkah kita juga menyaksikan gejala semakin memudarnya wibawa kesarjanaan pimpinan IPT? Warga IPT rata-rata tidak lagi berasa bernaung di bawah naungan teduh seorang sarjana besar, sebaliknya lebih berasa berada di bawah arahan CEO sebuah syarikat. Apakah ini bukan sejenis minor tragedy juga?"
 Montimer J. Adler, dalam pengalamannya sebagai seorang ahli akademik terkemuka turut melahirkan keluhan beliau terhadap 'pendidikan' dan 'persekolahan' lewat tulisan beliau berjudul Schooling Is Not Education dan menyatakan sepanjang 40 tahun pengalamannya sebagai pendidik dan ahli akademik, beliau membuat kesimpulan bahawa tiada seorang pun yang telah dan boleh dididik di sekolah atau kolej.
Naib Chanselor UTM, Profesor Dato' Ir. Dr. Zaini Ujang (2009) dalam mengungkapkan perkembangan disiplin ilmu di universiti mengakui akan tuntutan dan pengaruh kuat pasaran semasa. Ini mengakibatkan disiplin ilmu asas seperti falsafah, teologi, sejarah, matematik, kimia, ilmu wahyu, sains kemanusiaan dan kajian bahasa tidak begitu mendapat sambutan dalam kalangan calon mahasiswa berbanding jurusan-jurusan seperti sains gunaan, multimedia dan teknologi. Sebab utama – tuntutan pasaran kerja.
Beliau menambah: "sesuai dengan kefahaman serta kefahaman itulah maka falsafah, nilai, gagasan serta peranan universiti juga berubah mengikut keperluan pasaran kerja, khususnya daripada perspektif ilmu moden. Kenyataannya, ketika ini ilmu falsafah yang satu ketika dahulu menjadi 'ilmu wajib' sudah hilang peranan dan kepentingannya dari perspektif calon mahasiswa. Disiplin ilmu yang lebih diberi keutamaan ketika ini ialah ilmu sains dan sastera gunaan serta teknologi.".
Walaupun tampak perkembangan dan pertumbuhan IPT di Malaysia semakin pesat, namun kepesatan pertumbuhan IPT ini sebenarnya tidak layak menjadi indikator keberdayaan universiti melahirkan graduan yang tercerah dan cerdas, yang diharapkan menjadi the enlightened group, sebaliknya kelumpuhan berlaku meranapkan idea universiti sebagai simbol wibawa keintelektualan dan pencerahan pemikiran.
Sehubungan itu, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'pendidikan'?
Makna Pendidikan dan Persolannya
Secara umum, pendidikan bermaksud 'suatu proses menerapkan/menyuntik sesuatu terhadap manusia' (a process of instilling something into human being). Berdasarkan definisi ini, 'suatu proses menerapkan/menyuntik' (a process of instilling) merujuk kepada kaedah atau metodologi dan sistem penyaluran pendidikan (mekanisme). Manakala, 'sesuatu' (something) pula merujuk kepada kandungan dan bahan yang ingin dimasukkan dan manusia (human being) merupakan penerima proses dan kandungan. Maka, pendidikan mengandungi tiga unsur fundamental sepertimana yang dihuraikan tadi iaitu: (1) proses, (2) kandungan, (3) penerima. (rujuk Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Concept of Education in Islam: A Framework for An Islamic Philosophy of Education, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1999).
Persoalannya, bagaimana pendidikan sebagai proses penyaluran ilmu kepada manusia berlaku? Apa kandungan ataupun ilmu yang diajarkan? Apa tujuan pendidikan? Apa hasil yang bakal dikecapi oleh penerima kandungan melalui proses pendidikan itu? Melihat suasana institusi pendidikan dewasa ini, juga graduannya menimbulkan lebih banyak persoalan. Apakah pendidikan hanya sebagai alat untuk mendapatkan profesyen yang baik? Apakah matlamat institusi pendidikan yang sebenarnya, mendidik atau mengaut keuntungan? Realiti pendidikan hari ini mungkin telah tersasar dengan keperluan insan dan tujuan asal pendidikan. Pendidikan hari ini merupakan pendidikan yang telah di'komoditi'kan, di'komersialisasi'kan dan di'politisasi'kan.
Siddiq Fadzil (2009) dalam kritikannya terhadap pendidikan tinggi masa kini menyatakan:
"Masalah yang kita hadapi sebenarnya bukan hanya kelesuan IPT, tetapi dunia pendidikan keseluruhannya sedang ditimpa krisis. Sistem pendidikan di pelbagai rantau dunia ketika ini sedang dipersoalkan dari pelbagai sudut. Ada yang mempersoalkannya dari segi biayanya yang terlalu tinggi melewati batas jangkauan majoriti rakyat. Akibat komersialisasi yang bermotif mengaut keuntungan, rakyat harus membayar mahal sedang kualitinya belum pasti. Dengan ketiadaan biasiswa dan bantuan yang mencukupi biaya pendidikan terbeban sepenuhnya di bahu ibu-bapa. Untuk itu mereka yang kurang mampu akan terpaksa bergolok bergadai. Keadaan inilah yang meresahkan masyarakat. Di Indonesia misalnya, telah terbit buku-buku dengan judul bernada protes seperti, "Pendidikan Yang Memiskinkan" dan "Orang Miskin Dilarang Sekolah."

Bagaimana pula dengan nasib pendidikan di negara ini? Andainya demokratisasi dan privatisasi pendidikan mahu direalisasikan oleh kerajaan, seharus kerajaan memastikan semua lapisan rakyat dapat menikmati pendidikan berkualiti dengan kos yang terjangkau. Kegagalan melaksanakan dasar ini akan mewujudkan keadaan survival of the richest, di mana pendidikan berkualiti menjadi monopoli segelintir kaum elit.
Makna dan nilai pendidikan seharusnya menjadi suatu yang jelas bagi pemerintah, para ahli akademik dan pentadbir institusi pendidikan. Kegagalan memahami nilai pendidikan akan menjerumuskan masyarakat terpelajar ke dalam kancah kekeliruan yang akhirnya membuahkan tindakan-tindakan tanpa moral; para birokrat yang korup, penyelewengan dan salah gunakuasa, jenayah kolar putih dan sebagainya. Makna pendidikan perlu difahami dan nilai pendidikan wajar dikembalikan!
Rujukan:
1.  Siddiq Fadzil, Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan, (Kajang: Akademi Kajian Ketamadunan, Kolej Dar al-Hikmah, 2009)
2.  Syed Muhammad Naquib al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin, (KL: ISTAC, 2001)
3.  Fareed Zakaria, The Education of a President: Harvard's new leader is right to try to raise standards–but he needs to do it for everyone. (Lawrence Summers) (Brief Article),http://www.encyclopedia.com/doc/1G1-81469874.html
4.  Montimer J. Adler, "Schooling Is Not Education", http://www.cooperativeindividualism.org/adler-mortimer_schooling-is-not-education.html
5.  Zaini Ujang, Universiti, Kreativiti, Inovasi, (Johor: Penerbit UTM, 2009)
6.  Syed Muhammad Naquib al-Attas, The Concept of Education in Islam: A Framework for An Islamic Philosophy of Education, (Kuala Lumpur: ISTAC, 1999)
- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Mohammad Fazril Bin Mohd Saleh Merupakan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang sejarah dan Ketamadunan. Sekarang menjawat jawatan sebagai penolong setiausaha Agong 1 Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan felo penyelidik muda di Himpunan Keilmuan Muslim (HAKIM). Beliau berkongsi karya di http://peminggirkota.blogspot.com.

ALLAH AJARKAN UNTUK INGAT KEPADANYA SETIAP WAKTU

Alhamdulillah. Perjalanan demi perjalanan yang digerakkan Allah samada perjalanan menuntut ilmu dengan guru, bacaan, akhirnya saya memahami satu hakikat rahsia kehidupan ini.
Saya faham kenapa ada orang yang baru 1 jam tidur tapi boleh bangun tahajud tetapi ada orang yang sudah tidur lapan jam tidak mampu bangun tahajud. Itulah daya TAQWA atau daya FASIK dari Allah. Allah berfirman dalam Surah Asy Syams yang bermaksud:-
...maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya,sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya" (As-Syam 91:8-10).
Apabila kita mensucikan jiwa, maka Allah memberikan kita DAYA TAQWA yang mendorong kita ke arah kebaikan dan taqwa. Baca Al-Qur'an jadi mudah, bangun tahajjud jadi mudah, berdakwah dengan rela hati, Ikhlas hidup hanya untuk Allah. Tanpa DAYA TAQWA ini kita tak akan mampu melakukan ketaqwaan. Firman Allah yang bermaksud: 
...dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar, tetapi Allah-Lah yang melempar" (QS. Al-Anfaal; 17)
" Sekiranya tidaklah karena kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, niscaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah Maha mendengar lagi Maha Mengetahui"(An Nuur 24 : 21)..
Allah YANG Mengerakkan kita semuanya. Setiap gerak geri kita seperti digerakkanNya alam semesta ini. Kita hanya bersandar kepada gerakNya, kehendakNya. Justeru berbuat taqwa jadi mudah bila Allah yang menggerakkan kita dengan daya TAQWA yang sungguh kuat. Daya inilah yang menggerakkan Tsunami, daya inilah yang membelah laut Merah menyelamatkan pengikut Nabi Musa a.s dan menenggelamkan tentera Firaun. DAYA inilah yang kita CARI.Bagaimana? Lihat dan fahami kembali Surah Asy Syams tadi. Daya ini kita perolehi bila kita MENSUCIKAN JIWA. Bagaimana? Dengan INGAT kepadaNya. Lawan Ingat kepada ALLAh adalah LALAI. Justeru setiap waktu kita hanya boleh berada dalam salah satu dari dua keadaan. Keadaan orang yang INGAT atau LALAI kepada Allah. Bila kita INGAT kepada ALLAH, Dia menggerakkan kita dengan daya taqwaNya, justeru kita begitu rajin membaca al-qur'an dan sanggup duduk berzikir dan mudah menghulurkan sedekah atau bantuan. Namun ketika kita LALAI kepada Allah, kita rasa malas nak beribadah, malas nak solat sunat, rasa nak cepat habis berzikir sebab banyak urusan lain nak dilaksanakan. Ketika kita lalai kepada Allah, maka Allah mengirimkan syaitan ke dalam hati kita. Firman Allah:

..Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk. "(Az Zukhruf 43 : 36-37)..
maka kita dilorongkan ke jalan kefasikan di atas pilihan kita sendiri YANG LALAI kepada Allah.
Inilah rahsia sebenarnya. KITA WAJIB BELAJAR BAGAIMANA INGAT KEPADA ALLAH!!!.
Maaf saya tulisan capital letter, sebab saya nak tekankan tersangat penting perihal ini. Kita MESTI INGAT kepada Allah setiap waktu. Hati dan jiwa kita MESTI terhubung denganNya SETIAP MASA. Sekiranya tidak maka kita sedang lalai, itulah sebab bila azan bergema, kita rasa berat untuk solat kerana apabila kita lalai, ada syaitan di hati kita.
Kaedah kita berzikir perlu dievaluasi. Apakah zikir kita mampu menghubungkan jiwa kita kepada Allah. Apakah zikir kita benar-benar menyadari Allah atau sekadar di bibir dan dihati ada perasaan nak cepat habis. Ingat kepada Allah yang sebenarnya akan menghasilkan perasaan bahagia tak tergambarkan. Tidak mahu lepas dari ikatan hubungan seperti sedang berhubung dengan kekasih pasti tak sanggup melepaskannya. Ya Allah, setelah saya faham ilmu ini, saya menyesali hari-hari saya yang berlalu dengan keadaan lalai kepada Allah. Ruginya saya. Bagaimana kita lalai?
1. Sibuk buat urusan pekerjaan. Walaupun kita ikhlaskan kepada Allah tapi jiwa kita tak terhubung dengan Allah ketika kita melakukan kerja samada di pejabat atau dirumah.
2. Sibuk dengan keluarga, kawan-kawan, tetamu dan sebagainya. Jiwa kita terputus dengan Allah.
3. Sibuk tengok TV terutamanya movie atau sinetron. Ikatan dengan Allah sering terlepas.
Persoalannya, tak bolehkah kita kerja, tak bolehkah kita bersama kawan-kawan dan kerabat? Boleh ... tapi ketika kita melakukannya, jiwa kita terhubung dengan Allah. Adakah kita mampu melakukan dua perkara dalam satu masa? Ya boleh, bagaimana? Kena belajar caranya.Inilah perkara penting yang saya perolehi dan inilah garapan hasil perjalanan saya yang masih panjang ini. Saya ingin berkongsi, itu saja. Saudara saudari pembaca mungkin ada yang tidak faham, jangan risau kerana kefahaman itu ALLAH yang beri. Doalah agar Allah memberi kefahaman.
InsyaAllah saya bercadang untuk membuka kelas berkongsi kefahaman seperti ini dan di kelas ini saya ingin sekali untuk berkongsi kaedah ingat kepada Allah. InsyaAllah kawan-kawan sehalaqah saya juga pasti dapat membantu dengan pengalaman mereka juga. Namun sebelum impian menjadi kenyataan, saudara dan saudari pembaca boleh praktikkan dulu beberapa amalan yang diajar guru saya.
Setiap lepas solat subuh, duduklah seperti sedang beriktikaf. Sambungkan jiwa kepada Allah dan PERTAHANKAN KESEDARAN ke ALLAH selama sekurang-kurangnya 30 minit. Lakukan juga selepas solat Isyak.
Berikut adalah latihan langkah demi langkah yang insyaAllah akan membuka hijab demi hijab yang menutup mata hati kita dari memahami petunjuk dan ilmu ALLAH:-
1. Buatlah sesuatu untuk Allah (apa saja projek) di mana saudara dan saudari tak dapat apa-apa pulangan berbentuk material/kebendaan. Belajar hidup dengan IKHLAS sehingga ia menjadi sebati dalam diri. InsyaAllah pintu PETUNJUK Allah akan dibuka.
2. Belajarlah solat dengan betul dan khusyuk.
3. Berpuasa lah di bulan Ramadhan dengan betul. Perlu belajar caranya.
4. Keluarkan zakat dan rajin memberi. Allah akan pulangkan dengan ganjaran lebih besar.
5. Sabar atas apa saja perkara yang berlaku.
- Artikel iluvislam.com
Artikel dipetik daripada http://ummuayman.blogspot.com

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Monday 5 March 2012

BERCINTA DALAM ISLAM

Remaja selalu bertanya apakah salah kami bercinta? Tidak, bercinta memang tidak salah justeru ia adalah fitrah semulajadi yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin cinta dan dicintai adalah instinc. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasadnya perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah untuk merasainya. Namun Allah tidak kurniakan rasa cinta secara polos begitu sahaja.
Dia juga mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaanya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di sinilah berlakunya cinta terlarang yakni cinta yang menafikan peraturan Tuhan. Ketika itu fitrah telah menjadi fitnah. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?
Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang, akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudahpun
mengajar kita nahawa jangan sekali-kali bermain cinta, nanti terbakar diri. Sudah banyak tragedi
yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Tuhan. Cinta yang terlarang, adalah cinta yang sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini tidak tahan lama. Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai.
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada siapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintai. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakan-Nya. Ah, bagaimanakah perasaan kita agaknya, jika seseorang begitu leka
dengan hadiah hingga terlupa bersalam dan berterima kasih dengan pemberinya?
Tuhan kerap terpinggir dalam hubungan cinta yang terlarang. Hukumnya dilanggar bukan dengan rasa
bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih dipegang walaupun jelas Allah mengharamkan sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan muhram. Tergamak berdua-duaan di
tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan begitu syaitan adalah
orang yang ketiga. Lebih dari itupun banyak berlaku. Semuanya seolah-olah halal hanya kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarangpun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan, buang bayi dan zina. Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan-raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak, tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.
Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta Allah.
Ertinya, cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu lalu kita niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kepada-Nya. Cintailah sesiapapun tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai Allah. Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk Allah.Soalnya bagaimana? Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya.
Oleh itu usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka.
Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta samada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan
kerana Allah. Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya Cinta Monyet!
Selain itu hendaklah dipastikan semasa menjalinkan hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar.
Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara-perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan lain-lain. Hubungan cinta juga jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan. Remaja tidak seharusnya mengeluh dan berkata, cinta apa namanya ini jika tidak ada dating, perbualan talipon secara marathon, surat cinta, sentuhan tangan, kerlingan dan senyuman? Yakinlah tidak ada keindahan dengan melanggar
peraturan Tuhan. Putus cinta, frust cinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan.
Allah Maha Mengetahui dan Maha menyayangi. Segala peraturan-Nya dibuat dengan rasa cinta terhadaphamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu keindahannya. Bahkan jika ditakdirkan cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah.

KELEBIHAN AYAT KURSI

Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.”
  1. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
  2. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.”
  3. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.”
  4. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.”
  5. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.”
  6. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.”
  7. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.”
  8. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.”
  9. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.”
  10. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.”
  11. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur, perbuatan-perbuatan orang yang benar, pahala Nabi-nabi, juga Allah melimpahkan padanya rahmat.”
  12. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.”
  13. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wa jalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.”
  14. Rasullullah SAW bersabda bermaksud: “Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.”

CATATAN SEORANG LELAKI KEPADA SEORANG WANITA

Bismillahirahmanirahim. Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Mengasihani,
Malam ini, lelaki itu sunyi. Jalan bersendirian di atas lantai hitam. Atmosfera gelap menyelimuti cahaya. Yang tinggal hanya cahaya bintang dan bulan. Lebih tepat, angin turut bertiup enak, membelai rambut lelaki yang kusut masai .
Terbit rasa ingin tahu. Rindu kepada secebis dirinya. Secebis yang bisa memberikan lelaki itu sebuah perasaan bahagia yang bukan biasa. Rumit untuk diterangkan dan dihuraikan. Bahagia yang mampu menyempurnakan agama. Itu mungkin cukup penjelasannya .
Namun, lelaki itu tidak tahu, tidak tahu ke mana hilangnya cebisan itu. Mungkin lebih tepat , lelaki itu tidak tahu pun segala tentang cebisan itu melainkan tuhan yang maha mengetahui. Redha.
Lelaki itu berjalan perlahan, berteduh di bawah bumbung yang bercahaya. Meraba-raba pemandangannya, mencari cebisan yang entah bagaimana rupanya. Secebis yang bisa memberi perasaan bahagia yang menyempurnakan agama lelaki itu.
Lelaki itu mula memberi pandangan pertama .
Cebisan bertudung merah jambu. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Cebisan berambut perang kemerahan-merahan. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Cebisan berkaca mata comel. Pandangan kedua lelaki itu melekat ke bumi.
Susur keluar diatur. Kembali ke atmosfera gelap. Buntu. Entah bagaimana rupa cebisan yang mampu memberi perasaan bahagia buat lelaki itu sepanjang hidupnya.
Cebisan yang boleh memberikan lelaki itu satu lagi perasaan yang ikhlas memberikan setia mengikat janji tuhan. Degupan jantung cebisan yang mampu memberi nyawa untuk senyum bersama lesung pipit sebelum dipanggil tuhan. Rindu lagi.
Lelaki itu mula melukis hikayat di hatinya. Berdakwatkan rindu dan berkanvaskan harapan. Baring di atas lantai hitam, mencuit bintang-bintang yang terapung menyebarkan cahaya kecilnya yang bisa memberi zikir kepada tuhan.
Perempuan bertudung putih membawa si bunga yang cantik berlatarkan anjung luar rumah. Wajahnya samar-samar. Memegang bunga putih sambil tunduk dibawah bintang-bintang yang bergemerlapan. Hikayat seorang perempuan yang berkisahkan rindu menanti cebisan juga yang mampu memberi perasaan bahagia yang bisa menyempurnakan agamanya.Dakwat rindu masih basah lagi. Harapan masih luas lagi. Namun, perasaan bahagia itu tersangkut dek kerana cebisan itu kurang jelas wajahnya. Bersangka baik dengan tuhan. Pastinya, ini adalah salah satu seni kebaikan tuhan yang agung.
Tak perlukan si cantik rupawan, cukup sekadar memberi lelaki itu senyum berlesungkan pipit .
Tak perlukan si kaya raya, cukup sekadar bermewah dengan bersusah payah bersama lelaki itu .
Tak perlukan si cerdik pandai, cukup sekadar bergeliga merendahkan diri menghias kebaikan kepada lelaki itu .
' Aku rindu. Aku teringin memandang tepat ke mata mu tanpa ada lagi pandangan kedua. Ingin sekali aku menyentuh hati mu dengan kalimah-kalimah bahagiaku. Samar-samar wajahmu, akanku tajamkan penglihatan ku meneroka seluruh benua, agar wajahmu lebih jelas di potret hatiku. Biarkan aku mengembara mencari dirimu yang hilang. Pasti aku mahu kuatkan hatiku bagi membiarkan kau turut derita dengan rinduku. Yakin aku berikan hatiku untuk kau rangkul dengan hangat , setia menyambut tanganku berjalan ke taman syurga yang kekal abadi . '
Harapan seorang lelaki itu, sebaik sahaja hikayat itu dilukis, wajah cebisan itu semakin kurang samar-samarnya. Kuat keinginannya untuk lelaki itu berikan hati yang bisa mencipta bahagia yang dijanjikan tuhan. Semoga cebisan itu dibisik dengan perasaan yang bahagia ketika ini, entah tidak tahu benua mana arahnya. Tuhan sahaja lebih maha mengetahui .
oh tuhan , makbulkanlah doa hamba itu.
- Artikel iluvislam.com

CINTA SUAMI DAN REDHA ILAHI

Letakkan cinta Allah di hati. Dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
Sewaktu dia dalam pandangan mata kita, layanilah dia dengan sesempurna mungkin.Tatkala dia berada jauh dari kita, lepaskanlah dia dalam jagaan Allah s.w.t. Barulah hati kita tenang. Tanpa sebarang syak wasangka.
Letakkan cinta Allah di hati dan cinta suami nanti di genggaman tangan kita.
Kerana dengan yang demikian, kita akan sedar, se'professional' dan sehebat manapun kita, kita tetap seorang isteri bila berada di hadapan suami. Dan keredhaan Allah berada bersama suami kita. Laksanakanlah tanggungjawab dengan baik demi mengharapkan cinta Allah.Letakkan cinta Allah di dalam hati, Sediakan bahagian hatimu hanya untukNya, yang Maha Pengasih, dan yang Maha Sempurna dan cinta suami hanya di genggaman tapak tangan kita kerana ketahuilah, bahawa cinta dan kasih suami, itu semua datang dari Allah.Itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita.
Letakkan cinta Allah di  dalam hati. Dan cinta suami di genggaman tapak tanganmu. Kerana suami hanya seorang insan biasa, punya kelemahan tersendiri. Bila cinta Allah memenuhi hati kita, kita tidak akan sesekali melayan suami dengan buruk kerana mengharapkan cinta Allah.
Letakkan hanya cinta Allah di dalam hati, dan cinta suami di genggaman. Supaya andai kata dia pergi dulu, dia dapat kita lepaskan dengan mudah. kita redha dengan ketentuannya.
Ketahuilah Allah itu sesungguhnya kekal dan akan sentiasa bersama kita.
- Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Nurul Ezzati Arifin Masih belajar,dan akan terus belajar di universiti kehidupan. Beliau berkongsi karya di Masih belajar,dan akan terus belajar di universiti kehidupan.

MEMORI MAJIS PERKAHWINAN ANAKANDA